Wednesday, December 29, 2010

Kelas memanah

Denai Alam Recreation Center juga mengadakan kelas memanah dengan yuran yang sangat berpatutan. Tanpa membeli apa-apa peralatan, En. Puzi menyediakan segala-galanya. Finger tab, arm guard, bow dan arrow. En. Puzi adalah salah seorang jurulatih memanah negeri Selangor. Beliau dibantu oleh adik Nasrul anak didiknya.

Kakak dibantu Nasrul
Pada mulanya saya ingin mendaftarkan Aeishah dan A'yash untuk kelas memanah ni, tetapi apabila En. Puzi melihat saiz A'yash yang lebih rendah dari busar panah, maka dia tidak menggalakkan A'yash memanah. Namun A'yash berpuashati bila dia akan belajar menunggang kuda sementara kakak belajar memanah.

Saya sangat suka A'eishah belajar memanah sebab memanah memerlukan fokus, keyakinan, komitmen, sasaran, teknik yang betul, anggaran jarak dan beberapa aspek lagi yang boleh dikaitkan dalam kehidupan. Untuk mengenai sasaran, memanah mendidik kita supaya menggunakan teknik yang betul. "Dalam memanah, kena pada sasaran adalah kedua penting. Paling penting teknik dan cara kita tarik anak panah, kita memandang pada sasaran dan kita kukuhkan kedudukan tangan untuk melepaskan anak panah". Itu kata nasihat En. Puzi. "Kalau betul teknik, maka Insyaallah, akan tepatlah sasaranya". Apabila saya kaitkan dalam kehidupan kita terutamanya solat. Perlu betul cara bacaan dan teknik yang betul. Barulah solat dan doa kita benar-benar diterima Allah. Tapi kalau kita solat tanpa sebutan yang betul, tidak khusyuk dan fokus, sambil lewa, banyak mana pun kita solat, Allah tidak akan terima. Bila dikaitkan pula dengan "kena pada sasaran adalah kedua penting", apa yang saya faham ia adalah pahala yang kita terima. Hanya Allah saja yang selayaknya memberi sebanyak dan seberapa patutnya ganjaran. Kalau betul cara kita solat adalah ganjaranya dari Allah.

Macam ni...
  Ia juga boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian kita. bagi A'eishah dia nampak kini bahawa, apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan mesti ada target. Kemudian perlu berusaha dengan teknik dan kaedah yang betul untuk mencapai target. Fokus juga penting. Ketika dia menarik anak panah, dia perlu mengosongkan fikiranya dan hanya bertekad dalam hati "mesti kena..." "mesti kena".

Memanah adalah salah satu aktiviti yang menarik. Hanya RM 5, kita boleh mencuba memanah dengan 10 anak panah di DARC.
Ok.. lepaskan..





8 comments:

  1. Satu je, saiz badan tiada masalah samada besar atau kecil. cuma saiz peralatan je kena sepadan dengan si pemanah.

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum... saya berminat nak hantar anak belajar memanah dan menunggang kuda.. di mana tempat belajar E. Puzi ni ye...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya kagum dengan usaha puan untuk menyediakan anak-anak melalui sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya sebenarnya sedang mencari tempat untuk menghantar anak lelaki berumur 6 tahun ke kelas memanah dan berkuda. Mohon jasa baik puan emailkan kepada saya details kelas di DARC ini dari segi yuran, jenis kelas, tempoh masa, dll yang berkenaan. email saya sunzster@gmail.com. Tq..

    ReplyDelete
  4. salam alaik..
    akk,saya teringin nak belajar memanah ni jugak.
    tapi umur saya dah 25,boleh kongsi nama tempat yang boleh saya pegi tak utk ikuti kelas memanah?

    ReplyDelete
  5. Bole saya tahu nombor talipon yg bole sy hubungi serta alamat tempat memanah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... saya berminat nk belajar memanah...
      Boleh saya dapatkan nombor utk dihubungi..
      Terima kasih..

      Delete
  6. As salam. Saya berminat nak hantar anak ke sini. Boleh bg nom en puzi atau sebarang contact en puzi?

    ReplyDelete
  7. Assalammualikum.. akak tumang tanye.. kelas nie dekt mnr ye? sya bermint nk msok.. harap dpt jawapan dri akak "asap" :) :)

    ReplyDelete