Kakak dibantu Nasrul
Pada mulanya saya ingin mendaftarkan Aeishah dan A'yash untuk kelas memanah ni, tetapi apabila En. Puzi melihat saiz A'yash yang lebih rendah dari busar panah, maka dia tidak menggalakkan A'yash memanah. Namun A'yash berpuashati bila dia akan belajar menunggang kuda sementara kakak belajar memanah.
Saya sangat suka A'eishah belajar memanah sebab memanah memerlukan fokus, keyakinan, komitmen, sasaran, teknik yang betul, anggaran jarak dan beberapa aspek lagi yang boleh dikaitkan dalam kehidupan. Untuk mengenai sasaran, memanah mendidik kita supaya menggunakan teknik yang betul. "Dalam memanah, kena pada sasaran adalah kedua penting. Paling penting teknik dan cara kita tarik anak panah, kita memandang pada sasaran dan kita kukuhkan kedudukan tangan untuk melepaskan anak panah". Itu kata nasihat En. Puzi. "Kalau betul teknik, maka Insyaallah, akan tepatlah sasaranya". Apabila saya kaitkan dalam kehidupan kita terutamanya solat. Perlu betul cara bacaan dan teknik yang betul. Barulah solat dan doa kita benar-benar diterima Allah. Tapi kalau kita solat tanpa sebutan yang betul, tidak khusyuk dan fokus, sambil lewa, banyak mana pun kita solat, Allah tidak akan terima. Bila dikaitkan pula dengan "kena pada sasaran adalah kedua penting", apa yang saya faham ia adalah pahala yang kita terima. Hanya Allah saja yang selayaknya memberi sebanyak dan seberapa patutnya ganjaran. Kalau betul cara kita solat adalah ganjaranya dari Allah.
Macam ni...
Ia juga boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian kita. bagi A'eishah dia nampak kini bahawa, apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan mesti ada target. Kemudian perlu berusaha dengan teknik dan kaedah yang betul untuk mencapai target. Fokus juga penting. Ketika dia menarik anak panah, dia perlu mengosongkan fikiranya dan hanya bertekad dalam hati "mesti kena..." "mesti kena".
Memanah adalah salah satu aktiviti yang menarik. Hanya RM 5, kita boleh mencuba memanah dengan 10 anak panah di DARC.
Ok.. lepaskan..