Wednesday, December 29, 2010

Kelas memanah

Denai Alam Recreation Center juga mengadakan kelas memanah dengan yuran yang sangat berpatutan. Tanpa membeli apa-apa peralatan, En. Puzi menyediakan segala-galanya. Finger tab, arm guard, bow dan arrow. En. Puzi adalah salah seorang jurulatih memanah negeri Selangor. Beliau dibantu oleh adik Nasrul anak didiknya.

Kakak dibantu Nasrul
Pada mulanya saya ingin mendaftarkan Aeishah dan A'yash untuk kelas memanah ni, tetapi apabila En. Puzi melihat saiz A'yash yang lebih rendah dari busar panah, maka dia tidak menggalakkan A'yash memanah. Namun A'yash berpuashati bila dia akan belajar menunggang kuda sementara kakak belajar memanah.

Saya sangat suka A'eishah belajar memanah sebab memanah memerlukan fokus, keyakinan, komitmen, sasaran, teknik yang betul, anggaran jarak dan beberapa aspek lagi yang boleh dikaitkan dalam kehidupan. Untuk mengenai sasaran, memanah mendidik kita supaya menggunakan teknik yang betul. "Dalam memanah, kena pada sasaran adalah kedua penting. Paling penting teknik dan cara kita tarik anak panah, kita memandang pada sasaran dan kita kukuhkan kedudukan tangan untuk melepaskan anak panah". Itu kata nasihat En. Puzi. "Kalau betul teknik, maka Insyaallah, akan tepatlah sasaranya". Apabila saya kaitkan dalam kehidupan kita terutamanya solat. Perlu betul cara bacaan dan teknik yang betul. Barulah solat dan doa kita benar-benar diterima Allah. Tapi kalau kita solat tanpa sebutan yang betul, tidak khusyuk dan fokus, sambil lewa, banyak mana pun kita solat, Allah tidak akan terima. Bila dikaitkan pula dengan "kena pada sasaran adalah kedua penting", apa yang saya faham ia adalah pahala yang kita terima. Hanya Allah saja yang selayaknya memberi sebanyak dan seberapa patutnya ganjaran. Kalau betul cara kita solat adalah ganjaranya dari Allah.

Macam ni...
  Ia juga boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian kita. bagi A'eishah dia nampak kini bahawa, apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan mesti ada target. Kemudian perlu berusaha dengan teknik dan kaedah yang betul untuk mencapai target. Fokus juga penting. Ketika dia menarik anak panah, dia perlu mengosongkan fikiranya dan hanya bertekad dalam hati "mesti kena..." "mesti kena".

Memanah adalah salah satu aktiviti yang menarik. Hanya RM 5, kita boleh mencuba memanah dengan 10 anak panah di DARC.
Ok.. lepaskan..





Thursday, December 23, 2010

Kelas berkuda...

Cuti 2010 ini memang menyeronokkan... bermacam aktiviti luar direncana agar saya dan anak-anak tidak bosan ditinggalkan baba akibat sebok bekerja. Jadi, salah satu aktivitinya adalah belajar menunggang kuda.

Denai Alam Recreation Center adalah satu kawasan menarik yang baru sahaja didirikan awal Januari 2010. Ia menyediakan kelas menunggang kuda kepada orang awam. Sebanyak 20 ke 30 ekor kuda jinak bersedia membawa anda mengelilingi kawasan recreation..Selain itu ada juga kelas memanah dan mini gimnasium yang dibuka kepada orang ramai.
 "Kakak tak laratlah umi"
Pada mulanya saya mendaftarkan kakak dan A'yash untuk menyertai kelas ini, tetapi memandangkan tubuh kakak yang agak sehat, dia kelihatanya tak sesuai untuk meneruskan kelas ini. Untuk bulan kedua dia redha diberhentikan kerana katanya "Umi! kakak tak laratlah nak up and down gerakkan kuda tuh..." Saya hanya tersenyum... Kakak perlu menggunakan kekuatan kaki dan punggungnya untuk gerakan up and down bagi menggerakan kuda. Jika dia tidak 'menggesa' si kuda dengan up and down, maka si kuda juga malas untuk bergerak. Kakak juga perlu duduk dalam keadaan mendada, menegangkan atau menegakkan tulang belakang tetapi kakak seperti 'terperonyok' bulat ajer atas kuda tu, menjadikan struktur tubuhnya kelihat tidak cantik.

Cemburu sekali melihat penunggang-penunggang kuda yang mahir... menunggang kesana sini dan kelihatan meraka 'enjoy' dilambung si kuda.... Apa yang pasti mereka yang telah mahir mempunyai struktur tubuh badan yang cantik..Lebih cemburu lagi bila melihat anak-anak 'mat saleh' dari International School menunggang kuda dengan lincah walaupun umur mereka seawal 7 tahun,

Hari pertama belajar..
Walaubagaimanapun, saya tidak berniat dan berminat untuk meneruskan kelas berkuda ini untuk A'yash kerana apa yang dapat saya perhatikan, secara jujurnya, A'yash kurang berminat, jurulatihnya juga 'macam tak nak kerja', dan ia tidak banyak memberi impak yang besar pada A'yash...
Batrisyah 'joy ride'





Sunday, December 12, 2010

Kelas berenang

Assalamualaikum....
Selama sebulan sebok berulang ke Pusat Akuatik Darul Ehsan, menemankan A'eishah ngan A'yash dengan kelas renangnya... alhamdulillah slepas 8 kelas bersamaan dengan 8 jam latihan, memang ada perkembangan yang memuaskan.. mungkin kebetulannya kelas bersama anakair hanya mereka berdua sedangkan kelas supershark dan ombak pelajarnya ramai sekitar 7 ke 8 org. Jadi, coach nana memang fokus pada mereka berdua jer...Untuk kelas gaya bebas mereka perlu banyak latihan dan Insyaallah satu lagi kelas intensif untuk mereka untuk gaya kuak lentang dan kupu-kupu....

Cuma ada sedikit keterkilanan apabila beberapa siri latihan dibatalkan disaat akhir, di sebabkan hujan,  'uzur' dan kes emergency... Terima kasih Nana...

Untuk akan datang, bagi memantapkan lagi kekuatan renangan, saya perlu merangka jadual latihan di PADE setiap sabtu sebab takut mereka lupa nak praktikan latihan yg telah diberi...Alhamdulillah setiap dua jam bayaran masuk ke PADE hanya RM 1.50 bg kanak-kanak dan RM 2 bagi dewasa...

Objektif utama saya paksa tapi rela dan suka A'eishah ngan A'yash masuk kelas renang adalah kerana ia ada dinyatakan di dalam hadis, sukan renang, memanah dan berkuda... keduanya saya nak kuruskan kakak yang semakin montel, debab dan kuat makan.. setiap kali habis kelas ajer, kakak akan kepenatan dan tak larat dah nak makan.... tapi hasilnya buat masa ni kakak maintain 45 kg....sabarlah yer...rentetan dari itu sebenarnya saya nak kakak buat exercise sambil umminya duduk ajer nengok kakak berenang..kalau joging, nanti saya penat nak kena joging sekali ngan kakak... seterusnya lepas ni saya akan cuba masukan mereka ke kelas menyelam.. Insyaallah klu berkemampuan...Harapan saya yang lebih tinggi adalah untuk menyertakan kakak dan ayash ke kelas menyelamatkan orang yang lemas.. Ia pasti bukan kelas tapi mungkin persatuan seperti PBSM ker atau JPA ker... kerana bagi saya itu adalah suatu kemahiran dan pengetahuan yang penting.

Saya amat berharap agar A'eishah dan A'yash dapat memanfaatkan peluang dan ruang ini sebaiknya.. Saya akan sentiasa memberi galakan dan dorongan.. Semua ibubapa begitu juga kan...

 Batrisyah temankan abang kakaknya belajar...


Tuesday, December 7, 2010

baru mencuba...

Ini posting pertama saya hehehe...kul 9.20 malam. baru nak bermula dan belajar.. dah lama teringin nak buat blog sendiri..akhirnya berjaya juga... setelah mendapat ketenangan dari kekangan masa.... taklah susah sgt tapi perlu mencuba....nak tanya orang pu tak sempat-sempat... jadi try and error... perlukan masa yang banyak untuk explore benda baru bagi saya.....