Tuesday, December 24, 2019

KETAGIHAN TRAVEL


TRAVEL ADDICTION
Sehingga akhir tahun ni 2019. Inilah senarai negara yang pernah saya lawati:
1. Mesir – 1994 hingga 1999 ..study kat sana
2. Jordan – Jun 2012
3. Saudi – Jun 2012 –umrah
4. Hatyai – 2013
5. India dan Kashmir 3/12/2014
6. Indonesia Jakarta
7. Indonesia Medan – 28/10/2016
8. Morocco – Disember 2016
9. Brunei – 18/3/2017
10. Sri Lanka-25/9/2017
11. Jepun Osaka – 14/10/2017
12. Iran – 12/12/ 2017
13. Perth – 14/12/2018
14. Indonesia Jogjakarta – 23/3/ 2019
15. Bangladesh – 12/12/ 2019

Saya mula ketagih travel pada tahun 2012. Bermula selepas pulang dari umrah Jordan. Tahun selepasnya, setiap tahun saya akan keluar negara melihat negara orang dan melihat ciptaan Allah.
Pada tahun 1994 hingga 1999, ketika menuntut di Universiti al Azhar, setiap kali cuti saya akan mengikuti rombongan ke mana sahaja di sekitar Mesir. Syukur sangat –sangat di atas nikmat yang Allah beri. Saya adalah pelajar tajaan SUK Selangor. Duit pinjaman pertama yang saya dapat, saya gunakan untuk membeli kamera.
Pulang dari Mesir, saya stop travel sebab mula membina keluarga. Membina masa hadapan. Membina kerajaya. Berkeluarga. Alhamdulillah atas anugerah 4 cahaya mata yang comel-comel.
2012, bulan Jun, nikmat apa lagi yang nak dinafikan. Nikmat mengerjakan umrah bersama suami tersayang. Kami pergi dengan Andalusia beserta pakej ziarah ke Jordan. Kami turun di Jordan, naik bas, berhenti makan dan di situlah perkenalan bersejarah penuh kenangan. Takdir Allah kami berempat duduk di meja yang sama. Mula bercerita dan berkenalan. Akhirnya berkekalan ukhuwah antara kami hingga bermusafir ke 9 buah negara dan akan menjadikan ia acara tradisi setiap tahun. Alhamdulilah.
Saya, Rizal, Sabrina dan Faisal akan sentiasa memastikan kami dapat bersama setiap hujung tahun untuk keluar mengembara mencari pengalaman berharga. Mencari kenangan bersama. Melihat sosio budaya masyarakat. Kritikal berfikir atas setiap budaya yang dilihat. Mana yang baik kami jadikan panduan dan contoh dan ingatan. Mana yang buruk jadikan sempadan. Kami mengembara dengan hati, jiwa dan perasaan…. Melihat semua perkara ada sebab dan musabab.
Syukur atas nikmat sihat, masa, wang, tenaga, penduduk tempatan yang banyak memberi kerjasama.

alhamdulillah


IRAN

PERTH

DHAKA

SRI LANKA



No comments:

Post a Comment