Thursday, December 23, 2010

Kelas berkuda...

Cuti 2010 ini memang menyeronokkan... bermacam aktiviti luar direncana agar saya dan anak-anak tidak bosan ditinggalkan baba akibat sebok bekerja. Jadi, salah satu aktivitinya adalah belajar menunggang kuda.

Denai Alam Recreation Center adalah satu kawasan menarik yang baru sahaja didirikan awal Januari 2010. Ia menyediakan kelas menunggang kuda kepada orang awam. Sebanyak 20 ke 30 ekor kuda jinak bersedia membawa anda mengelilingi kawasan recreation..Selain itu ada juga kelas memanah dan mini gimnasium yang dibuka kepada orang ramai.
 "Kakak tak laratlah umi"
Pada mulanya saya mendaftarkan kakak dan A'yash untuk menyertai kelas ini, tetapi memandangkan tubuh kakak yang agak sehat, dia kelihatanya tak sesuai untuk meneruskan kelas ini. Untuk bulan kedua dia redha diberhentikan kerana katanya "Umi! kakak tak laratlah nak up and down gerakkan kuda tuh..." Saya hanya tersenyum... Kakak perlu menggunakan kekuatan kaki dan punggungnya untuk gerakan up and down bagi menggerakan kuda. Jika dia tidak 'menggesa' si kuda dengan up and down, maka si kuda juga malas untuk bergerak. Kakak juga perlu duduk dalam keadaan mendada, menegangkan atau menegakkan tulang belakang tetapi kakak seperti 'terperonyok' bulat ajer atas kuda tu, menjadikan struktur tubuhnya kelihat tidak cantik.

Cemburu sekali melihat penunggang-penunggang kuda yang mahir... menunggang kesana sini dan kelihatan meraka 'enjoy' dilambung si kuda.... Apa yang pasti mereka yang telah mahir mempunyai struktur tubuh badan yang cantik..Lebih cemburu lagi bila melihat anak-anak 'mat saleh' dari International School menunggang kuda dengan lincah walaupun umur mereka seawal 7 tahun,

Hari pertama belajar..
Walaubagaimanapun, saya tidak berniat dan berminat untuk meneruskan kelas berkuda ini untuk A'yash kerana apa yang dapat saya perhatikan, secara jujurnya, A'yash kurang berminat, jurulatihnya juga 'macam tak nak kerja', dan ia tidak banyak memberi impak yang besar pada A'yash...
Batrisyah 'joy ride'





No comments:

Post a Comment