Tuesday, December 24, 2019

CUTI-CUTI DHAKA, BANGLADESH


RENUNGAN DARI DHAKA
12 HINGGA 17 DISEMBER 2019

Permusafiran ke Dhaka memberi 1001 keinsafan dalam diri saya. Menyaksikan kegigihan, kekentalan dan keperihan bekerja insan-insan gigih untuk terus hidup dalam sebuah negara yang miskin. Ya, mereka rajin. Mereka buat apa sahaja pekerjaan even menjual telor rebus di tepi jalan atas kereta sorong.

Persepsi orang kita bila sebut Bangladesh adalah betul. Mereka pengotor, berbau, hitam, suka meludah. Namun ada juga sisi hebatnya mereka. Saya mengambil pengajaran dari kedua-dua sisi yang saya lihat. Negatif dan positif.

BERSIH

Itulah benda pertama yang saya saksikan bilamana menjejak kaki ke bumi Dhaka. Pengotornya mereka, masyallah, memang tak terkata. Itu penyebab mereka tidak akan maju. Beberapa kali saya mempersoalkan tourist guide kami, Manni Rahman, Why your country so dirty…. This is tourist attraction, why there are so many rubbish in the lake. Dia kelihatan malu sendiri. Bangladesh tak akan menjadi sebuah negara yang maju. Mustahil. Kerja berat Menteri Pendidikanya ialah mendidik anak bangsanya untuk menjaga kebersihan. Tugas Menteri Alam Sekitar ialah merancang sistem pembuangan sampah yang lebih teratur. Premis kedai mereka bersih. Jika ada sampah, mereka tidak kutip, tetapi menyapunya ke kedai sebelah. Tidak akan selesai masalah sampah di negara mereka jika ada sikap sebegini. Besar pengajaran yang saya dapat hanya dari kata kunci bersih.

Berlilin menjual kacang

Telur rebus


RIKSHAW
Benda hebat yang saya lihat dan naiki di Bangladesh ialah rikshaw. Negara miskin lain yang saya pernah kembara seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Vietnam, tidak ada kenderaan rikshaw ni. Ketika dalam uber yang saya naiki, setiap kali berselisih dengan rikshaw, saya akan lihat kekuatan urat betis pengayuh rikshaw yang tegang, mengira berat orang yang menaikinya, masyallah.... kuatnya mereka. Saya agak saspen bila mana ketika saya menaiki rikshaw dari Lalbagh Fort ke Star Mosque, seorang tua yang kurus, berpakaian putih, barambut dan berjambang putih, menerima permintaan kami untuk membawa menaiki rikshawanya. Susah hati melihat si tua ini cuba mengayuh rikshaw membawa beban kami suami isteri. Mampukah dia. Insaf rasa. Kami mengira berat kami berdua. Allah, kasihanya. Namun saya bersyukur kerana rupanya rikshaw si tua ini menggunakan kuasa letrik. Dia tak perlu mengayuh keras membawa kami. Fuhh lega. Mereka lebih selesa mengayuh rikshaw dengan memakai kain pelikat atau dhoti. Di Bangladesh tidak ramai yang obesity..

syok naik tapi jalan berdebu

rikshaw

Saya lebih selesa menyetor segala gambar permusafiran menggunakan media social Instagram. Jemput ziarah ke Instagram saya: norazlindaamir

KETAGIHAN TRAVEL


TRAVEL ADDICTION
Sehingga akhir tahun ni 2019. Inilah senarai negara yang pernah saya lawati:
1. Mesir – 1994 hingga 1999 ..study kat sana
2. Jordan – Jun 2012
3. Saudi – Jun 2012 –umrah
4. Hatyai – 2013
5. India dan Kashmir 3/12/2014
6. Indonesia Jakarta
7. Indonesia Medan – 28/10/2016
8. Morocco – Disember 2016
9. Brunei – 18/3/2017
10. Sri Lanka-25/9/2017
11. Jepun Osaka – 14/10/2017
12. Iran – 12/12/ 2017
13. Perth – 14/12/2018
14. Indonesia Jogjakarta – 23/3/ 2019
15. Bangladesh – 12/12/ 2019

Saya mula ketagih travel pada tahun 2012. Bermula selepas pulang dari umrah Jordan. Tahun selepasnya, setiap tahun saya akan keluar negara melihat negara orang dan melihat ciptaan Allah.
Pada tahun 1994 hingga 1999, ketika menuntut di Universiti al Azhar, setiap kali cuti saya akan mengikuti rombongan ke mana sahaja di sekitar Mesir. Syukur sangat –sangat di atas nikmat yang Allah beri. Saya adalah pelajar tajaan SUK Selangor. Duit pinjaman pertama yang saya dapat, saya gunakan untuk membeli kamera.
Pulang dari Mesir, saya stop travel sebab mula membina keluarga. Membina masa hadapan. Membina kerajaya. Berkeluarga. Alhamdulillah atas anugerah 4 cahaya mata yang comel-comel.
2012, bulan Jun, nikmat apa lagi yang nak dinafikan. Nikmat mengerjakan umrah bersama suami tersayang. Kami pergi dengan Andalusia beserta pakej ziarah ke Jordan. Kami turun di Jordan, naik bas, berhenti makan dan di situlah perkenalan bersejarah penuh kenangan. Takdir Allah kami berempat duduk di meja yang sama. Mula bercerita dan berkenalan. Akhirnya berkekalan ukhuwah antara kami hingga bermusafir ke 9 buah negara dan akan menjadikan ia acara tradisi setiap tahun. Alhamdulilah.
Saya, Rizal, Sabrina dan Faisal akan sentiasa memastikan kami dapat bersama setiap hujung tahun untuk keluar mengembara mencari pengalaman berharga. Mencari kenangan bersama. Melihat sosio budaya masyarakat. Kritikal berfikir atas setiap budaya yang dilihat. Mana yang baik kami jadikan panduan dan contoh dan ingatan. Mana yang buruk jadikan sempadan. Kami mengembara dengan hati, jiwa dan perasaan…. Melihat semua perkara ada sebab dan musabab.
Syukur atas nikmat sihat, masa, wang, tenaga, penduduk tempatan yang banyak memberi kerjasama.

alhamdulillah


IRAN

PERTH

DHAKA

SRI LANKA